PEMBIDAAN LANGSUNG BERIKUTNYA
Malay
PEMBIDAAN LANGSUNG BERIKUTNYA
MAL
MAL
Bagaimana menjual kereta
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nilai kereta saya?
Hantarkan butir-butir kereta anda di SINI untuk mendapatkan anggaran nilai kereta anda. Kemudian dapatkan penilaian kereta PERCUMA untuk mengetahui nilai sebenar kereta anda.
Apakah yang berlaku jika anggaran harga kereta saya tidak dipaparkan?
Kereta anda adalah unik. Sebaik sahaja anda menyemak harga di SINI, wakil khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda dalam masa 1-2 hari bekerja untuk memberitahu anggaran harga kereta anda.
Bagaimanakah anggaran harga ditetapkan?
Anda akan menerima dua (2) tawaran harga yang tertera pada skrin. Anggaran harga adalah bergantung kepada kaedah jualan dan nilai pasaran semasa. Walau bagaimanapun, harga kereta SEBENAR akan diberikan selepas penilaian keadaan kereta anda.
Apakah perbezaan antara Pembidaan Langsung, ‘Futures’ dan Jualan Terus jika saya mahu menjual kereta saya?
  1. Pembidaan Langsung: Anda boleh memaksimumkan peluang untuk mendapatkan harga tertinggi kereta anda daripada lebih 700 pengedar aktif melalui MUV.
  2. ‘Futures’: Jika anda masih ingin menggunakan kereta anda sebagai pengangkutan harian semasa jualan sedang berlangsung/sebelum perjanjian, anda boleh menyenaraikan kereta anda untuk mendapatkan sebut harga daripada pengedar aktif kami di seluruh negara.
  3. Jualan Terus: Jika anda berpuas hati dengan tawaran harga selepas penilaian kereta PERCUMA anda, anda boleh menjual kereta serta-merta kepada panel MUV.
Bolehkah saya menjual kereta jika pembiayaan tertunggak melebihi nilai kereta saya?
Boleh, walau bagaimanapun anda harus menambah baki pembiayaan tertunggak tersebut kepada bank.
Perlukah saya mendaftar untuk menjual kereta saya?
Tidak perlu. Anda tidak perlu mendaftar untuk menjual kereta anda. Klik di SINI untuk mejual kereta anda.
Adakah terdapat sebarang bayaran transaksi?
  1. Jualan Terus: TIADA bayaran transaksi. panel pengedar MUV akan menanggung keseluruhan proses jualan.
  2. Pembidaan Langsung dan ‘Futures’: Terdapat caj yuran pengendalian daripada lingkungan RM100, RM300 dan RM500 bergantung kepada harga rizab kereta atau tetapan harga daripada pelanggan.
Dimanakah lokasi penilaian kereta?
Anda boleh menghantar kereta anda ke mana-mana Hab MUV. Klik di SINIuntuk maklumat lanjut. Selain itu, anda juga boleh membuat temujanji dengan wakil khidmat pelanggan kami pada tarikh, masa dan lokasi yang anda mahu.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses penilaian?
Ianya hanya mengambil masa 30 minit. Anda akan segera menerima sebut harga atau dalam masa 1-2 hari jika harga rujukan tidak tersedia.
Siapa yang akan menilai kereta saya?
Wakil khidmat pelanggan kami akan memberi butiran dan mengaturkan pegawai yang bertauliah untuk menilai kereta mengikut kesesuaian anda.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk kereta saya dijual? (Dari proses penilaian hingga terjual)
  1. Untuk kaedah Pembidaan Langsung, dengan harga jualan yang disyorkan oleh MUV, purata masa yang diambil untuk menjual kereta anda adalah antara 1-2 pusingan lelongan mingguan kami. Selain itu, ia akan mengambil masa yang lebih lama jika harga jualan yang anda tawarkan lebih tinggi daripada harga yang disyorkan oleh MUV.
  2. Untuk kaedah ’Futures’, ia akan mengambil masa 2 hari bekerja untuk mendapatkan sebut harga untuk anda membuat keputusan jual beli.
  3. Untuk kaedah Jualan Terus, jika harga dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan pembeli dalam masa 5 hari dari penilaian, anda perlu menghantar dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari (termasuk 5 hari untuk membuat keputusan jual beli) untuk melengkapkan proses jualan kereta anda.
Berapa lamakah saya perlu menunggu untuk untuk mendapatkan bayaran?
  1. Untuk kaedah Pembidaan Langsung, bayaran akan dibuat dalam masa 10 hari bekerja selepas bidaan lelongan berjaya dibuat.
  2. Untuk kaedah ‘Futures’, bayaran akan dibuat dalam masa 9 hari bekerja selepas anda menyerahkan kenderaan anda kepada MUV.
  3. Untuk kaedah Jualan Terus, bayaran akan dibuat dalam masa 5 hari bekerja selepas proses dokumentasi lengkap dan dihantar.
Bagaimana saya ingin menetapkan harga rizab untuk kaedah jualan Pembidaan Langsung/ ‘Futures’?
MUV akan mengesyorkan harga rizab berdasarkan keadaan pasaran semasa.
Jika saya memilih kaedah jualan Pembidaan Langsung, bagaimanakah saya akan mengetahui kereta saya ditempatkan untuk Pembidaan Langsung?
Wakil khidmat pelanggan kami akan menghubungi dan memberitahu jika kereta anda sudah bersedia untuk dibida pada sesi pembidaan langsung mingguan kami.
Adakah saya akan dikenakan caj jika saya membuat keputusan untuk menarik balik kereta saya daripada Pembidaan Langsung / ‘Futures’ MUV?
  1. Pembidaan Langsung: caj akan dikenakan hanya jika pemeriksaan telah dibuat dan arahan dikeluarkan setelah tugas selesai. Walau bagaimanapun, tiada caj dikenakan jika kenderaan tidak terjual dan penjual menarik balik selepas sesi Pembidaan Langsung.
  2. ‘Futures’: caj sebanyak RM200 akan dikenakan jika sebutharga padan dengan harga yang anda minta daripada pembeli. Walau bagaimanapun, tiada caj dikenakan jika kenderaan tidak terjual atau sebutharga yang diterima lebih rendah daripada harga yang anda minta.
Bilakah saya perlu menyerahkan kereta saya?
  1. Jualan melalui Pembidaan Langsung MUV, kereta hendaklah diserahkan kepada MUV sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum pembidaan langsung pertama pada hari Rabu untuk berjaya disenaraikan.
  2. Jualan melalui ‘Futures’, anda perlu menyerahkan kereta anda pada tarikh yang telah dipersetujui.
  3. Jualan terus kepada panel MUV, kereta anda hendaklah diserahkan kepada MUV selepas mendapat bayaran.
Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk menjual kereta saya?
Sila sediakan salinan asal dan salinan fotokopi untuk dokumen berikut:
  1. Kad Pendaftaran Kenderaan / Sijil Pemilikan Kenderaan
  2. Kad pengenalan pemilik (K/P)
  3. Surat penyelesaian pinjaman daripada bank (jika ada)
Bolehkah MUV membantu saya mengemuskan semua dokumen yang diperlukan?
Sudah tentu, MUV adalah pusat sehenti untuk Jualan Kereta dimana kami akan mengendalikan semua dokumen, dokumentasi dan pemindahan pemilikan untuk anda.
Bolehkah saya mengetahui harga akhir untuk kereta saya selepas lelongan berakhir?
Sudah tentu. Wakil khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk memberitahu harga akhir kereta anda sebaik sahaja kereta anda berjaya dijual.
Adakah MUV boleh dipercayai sebagai platform untuk menjual kereta saya?
Sebagai anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Berhad, sebahagian daripada Kumpulan Tan Chong yang terkenal dengan jenama dan berpengalaman dalam industri automotif negara, MUV sememangnya dikendalikan secara menyeluruh dan bertaraf dunia untuk menyediakan platform yang paling dipercayai untuk menjual kereta anda.
Sila hubungi kami di hello@muv-x.com atau +(6)018-361 8088/ +(6)018-311 8089 untuk pertanyaan lebih lanjut.